Saturday, October 24, 2009

::..Bicara Bayi dengan Allah s.w.t..::


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia…

Dia bertanya kepada Tuhan : ” Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana? saya begitu kecil dan lemah.”

Dan Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia”

“Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?”

“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.”

“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?”

“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa”

“Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

“Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya”

“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu”

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

“Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?”

“Kamu akan memanggil malaikatmu itu: “IBU


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa….. Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat….

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar…sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu…

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”



Wednesday, October 21, 2009

::..kasih sayang Allah..::


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

::..diri kita..::


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya..

Friday, October 16, 2009

::..kau kawan, sahabat dan teman..::


Kata mak,
Kawan itu ibarat lebah,
Habis manis sepah dibuang,
Kata abah,
Kawan itu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit,
Kata atuk,
Kawan itu seperti air terus mengalir
Kata nenek,
Kawan itu bak bulan,
Dipuja & disanjung tapi nun jauh di sana
Kata saudara,
Kawan itu macam makanan,
Kawan makan kawan,
Kata abang,
Kawan seperti lembu
Mengikut saja apa dikata
Kata kakak,
Kawan itu tak ubah macam durian
Bau saja busuk tapi sedap dimakan,
Kata adik,
Kawan macam biskut
Sekejap ada sekejap tak ada,
Kata aku,
Kawan itu tak kisahlah macam mana,walaupun dia ibarat lebah, umpama bunga ros, seperti air,bak bulan seperti lembu, tak ubah macam durian dan macam biskut…
Dia tetap kawan…
tau tak sebab apa?
Sekali aku dah kawan dengan dia
Selamanya dia tetap kawan aku…

Monday, October 12, 2009

::..hidup ini..::


'HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI'

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.


'HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS'
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


'HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN'
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.


'HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT'
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.

Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai

Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya .. .
Lalu dia pun berkata

Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...

Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa
Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

::..istana kasih..::





p/s: diwajahmu terlukis kesetiaan, nuranimu danau yang syahdu,
bila terpisah kami mengingatimu, bila berjauhan kami merinduimu.

hargailah mak ayah kita. aku dtng dngan harapan, aku pulang dengan kejayaan.

Saturday, October 10, 2009

::..cerita solat..::


Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka
lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang
tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti
seharian depa ni menybbkan tok imam tak
senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan
niat nak tarbiyah depa ni. Maka
berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu
ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun
berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni
jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo
buktikan yang eden semuo bukan lah jahil
sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib
pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok
imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah
terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala...
Allah Ta'ala..." dengan segera tok imam
merampas mikrofon daripada Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah
kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok
imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak
khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga
lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin
panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam." Tok imam
pun undur lah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram.
"Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram
& memulakan solat. tiba-tiba saja si
Budin ni pusing ke belakang dan berkata,
"Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu
batallah solat Budin. yang lain-lain pun
ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi
imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula
dari takbir sampai lah habis sembahyang.
Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko
niii... Lepas solat, tok imam pun
puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi
dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He
hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang.
He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...


p/s:sekadar renungan bersama.

sabda Nabi SAW:

Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan sembahyang sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya dia meninggalkan agamanya. (riwayat al-Baihaqi)..


p/s: saya ada terjumpa iklan ini di youtube, sama-sama kita ambil iktibar dari apa yang tersirat disebaliknya. pesanan untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri.