Saturday, September 18, 2010

::..padaMU yaAllah kuberdoa..::

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dan hatiku..
Titipkanlah kemesraan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera nan abadi..

Tetapi ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari ingatanku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama suria nan merah..
Agar bisa aku bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan ya Allah yang Tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak bersama dirinya..
Ya Allah ya Tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau maha Mengetahui..

Ya Allah..
Engkau sahaja yang mnjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini dan juga di akhirat..
Jauhkanlah aku dari kemaksiatan dan kemungkaran.
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar kami dapat sama-sama membina kesejahteraan hidup.
Kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakan kami keturunan yan soleh..
Aminnn.. ya Rabbal a’lamin...

No comments:

Post a Comment