*the Prophet's path, the way of love
only by this Love you'll rise above
like a dove that's been set free
love with longing is the key
this love with longing is the key
honey, nectar, sweetness and cream
orchids blooming by a mountain stream
starlit skies and waves on the sand
next to love they can't stand
next to this love they can not stand
yaa Robii yaa sarii'ar ridho irham man
ro'su maalihir-rojaa
wa thina maa qod sa-alnaa bi liqoo-i
khoiril anami
yaa khoiral a'anaami
ulang *
yaa Robii yaa man-ismuhu dawa wa dzikruhu
syifaa-un lana
robbiy faj'al mujtama'na ghoyatuhu husnul
khitami
bihusnil khitami
how can I find a way to express
something that cannot be thought or guesses
something more than just words?
this love is neither seen nor heard
this love is neither seen nor heard
Love is the rope given by ALLAH
it will save you from every flaw
grasp it then He wil draw you near
Saturday, September 18, 2010
::..ThE wAy oF lOvE..::
Thursday, September 16, 2010
::..nasihat..::
"Yang Dicari,
Walau Bukan Putera
Raja,
Biarlah
Putera Agama.
Yang Diimpi,
Biarlah Tak Punya Rupa,
Asal Sedap Di
pandang Mata.
Yang Dinilai,
Bukan Sempurna Sifat Jasmani,
Asalkan Sihat Ruhani,Sempurna
Hati.
Yang Diharap,
Bukan Jihad Pada Semangat,
Asal
Perjuangannya Ada Matlamat.
Yang Datang,
Tak Perlu Rijal Yang
Gemilang,
Kerana Ana Serikandi Dengan Silam Yang Kelam.
Yang Dinanti,
Bukan Lamaran Dengan Permata,
Cukuplah Akad Dan Janji Setia.
Dan Yang Akan Terjadi,
Andai Tak Sama
Kehendak Hati,
Ana Redha Ketetapan Ilahi,
Itulah Ketentuan Sejak Azali..."
I LUV ISLAM.COM
Sunday, August 22, 2010
::..Awak sudi jadi isteri kedua saya?..::

arini terbaca satu artikel kat fb kak dayah.. semoga kisah yg di baca ini menjadi nasihat dan panduan dalam kehidupan.. insyaAllah
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya – "
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan," jawab Fikri.
***
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
[QS al-Taubah 9:24]

Saturday, July 10, 2010
::..bila hati terlalu jauh..::
Semalam tdo bilik adik di Shah Alam, pagi lepas subuh terus balik kerna terdpt 1 urusan yang sngt perlu diselesaikan. Syukur pada Allah kerana masih lagi diberi peluang ntuk hidup dan beramal di bumi mu ya Allah. kemalangan yg x disangka. swaktu mengambil selekoh terlanggar lopak yg ada kat situ. tercampak jauh jgak la. mujurla msa tu masih awl ntuk kereta yg sememangnya sentiasa lalu jalan tu. bila terfikir balik, mungkin ini kafarah dosa yang telah aku lakukan sebelum ni. walaupun sedih ntuk menerima, tangis pilu aku sorng je rasa. kesian motor adik, baru je bli x sampai sebulan, dah aku calarkan, bengkokkan brek dan handle. mungkin sebab aku selalu terfkirkn msalah yg aku hadapi sehingga aku abaikan kepentingan ku pada diri sendiri. msa tu trus je kol adik mohon maaf. tma kasih adik kerana memahami, disuruh aku balik dan tenangkn fkiran yg sememangnya dia tau masalah2 yg aku hadapi akhir2 ni. ya Allah moga dikuatkn dan ditenangkn hati hambamu ini. msg ni adik ku forward ntuk menasihat. sungguh terasa dalam hati ini, sungguh aku jauh sekali dngan DIA. semoga apa yg berlaku menjadi pdoman ntuk aku dan pembaca..
"Dalam kita melangkah, t'kdng d'uji dngn ujian yg trasa berat shngga kita t'dduk dan menangis. Peritnya trasa, tp ketahuilah kmbali ke dlm dri kta krna mgkin air mata y hadir tika i2 krn DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman y kian t'koyak. Lantaran ada lgkah2 kita y t'sasar dr keikhlasan. smga kita tabah dan d'tetapkn iman.."
Wednesday, July 7, 2010
::..bila semua sudah jelas..::
Tuesday, July 6, 2010
Monday, July 5, 2010
::..chapter baru..::
tringt mak n ayah dikampung. aku nak datang je ntuk mula bekerja disini, macam2 depa persiapkan. baju, kuih, bekal atas keratapi, macam2 lagi sampai kadang2 perkara yang aku tak terpikir nak ada pun depa peringtkan. sungguh terlalu dalam mak dan ayah pahami khdupan anaknya. insyaAllah bla sudah mula bekerja ni akan aku bantu kehidupan mereka. akan aku jaga khdupan mereka. terlalu memenatkan kalau nak dibayangkan ayah dan emak berhempas pulas mencari rezeki. guna tenga yang masih ada. samapai kadang2 malamnya paggil anak2 ntuk urut kaki dan tangan yang selalu terasa kebas. ermm sedih memikirkan...
insyaAllah suma ini akan aku jadikan pendorong ntuk jadi anak yang baik, soleh dan sentiasa berusaha ntuk memajukan diri demi menjaga mak dan ayah serta keluargaku yang lain. rindu mak ayah... =(
::..saat lafaz sakinah..::
Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Sunday, April 11, 2010
::..Bicara Tentang Cinta..::
Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan
Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini
Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti
Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi
Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..
Thursday, April 1, 2010
::..Patah Hati..::
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA